EZYMAT cuts every set of floor mats to one specific make, model and year at our own facility in Selangor — so it drops straight in, with no trimming.

Karpet kereta EZYMAT dipasang di dalam kereta Mercedes-Benz
Dibuat di Selangor, Malaysia

Karpet kereta yang padan tepat

Setiap set karpet kereta EZYMAT dipotong mengikut ukuran jenama, model dan tahun kereta anda — bukan saiz universal yang dikerat supaya muat.

  • Ikut jenama, model & tahun
  • Kalis air
  • Penghantaran seluruh Malaysia
  • Kilang sendiri
Kenapa perlu custom

Tikar kereta biasa memang tak pernah muat

Karpet kereta universal dibuat dalam satu saiz sahaja, kemudian dikerat supaya lebih kurang muat dengan kereta anda. Ruang kosong di tepi itulah tempat habuk dan air bertakung — dan sebab utama karpet tersorong ke arah pedal semasa memandu.

Karpet universal
  • Satu saiz dikerat — ada ruang di tepi
  • Tersorong ke arah pedal lama-kelamaan
  • Air dan lumpur sampai ke karpet asal kereta
  • Tiada pilihan warna atau logo
Karpet kereta EZYMAT
  • Dipotong ikut model dan tahun kereta anda
  • Rapat ke dinding ruang kaki, tidak bergerak
  • Bibir tinggi menahan air dan lumpur
  • 8 pilihan warna dan logo sulaman
Cara tempah

Tiga langkah sahaja

Pilih kereta anda

Pilih jenama, model dan tahun. Kami padankan dengan templat yang kami simpan untuk bentuk badan kereta tersebut.

Pilih warna dan logo

Pilih warna karpet, tambah logo jenama kereta dalam bentuk sulaman, dan tambah karpet bagasi atau poket tepi jika perlu.

Kami potong dan hantar

Set anda dipotong di kilang kami di Bandar Puncak Alam dan dihantar ke rumah. Letak terus — tidak perlu ubah suai lagi.

Bibir tinggi karpet kereta EZYMAT rapat pada bibir pintu
Bahan

Sesuai untuk cuaca Malaysia

Hujan lebat, kasut basah dan kabin panas adalah ujian harian di sini.

  • Kalis air sepenuhnya

    Air kekal di permukaan, tidak meresap ke karpet asal kereta.

  • Anti-gelincir

    Bahagian bawah mencengkam lantai supaya karpet tidak bergerak ke pedal.

  • Senang dicuci

    Angkat keluar, siram dengan air, biar kering. Tiada bau tertinggal.

  • Kekal bentuk

    Tidak melengkung atau retak walaupun digunakan setiap hari.

Jenama kereta

Perodua, Proton dan jenama China terbaru

Kami menyimpan templat untuk 231 model daripada 36 jenama — termasuk Perodua (Myvi, Axia, Bezza, Alza, Ativa), Proton (Saga, X50, X70, S70), jenama Jepun dan Eropah, serta jenama China yang baru masuk pasaran Malaysia seperti BYD, Chery, Jaecoo, GWM, Xpeng dan Zeekr.

Model anda tiada dalam senarai? Beritahu kami — kami akan buat templat untuk kereta anda.

Sedia bila-bila masa

Mula dengan kereta anda

Pilih jenama, model dan tahun — kami tunjukkan karpet yang padan.